Archive for November, 2009

Eidul Adha dan Pengorbanan

Thursday, November 26th, 2009

Apa erti jihad tanpa pengorbanan
Apa erti kata-kata tanpa dikotakan
Nabi Ibrahim lambang kejujuran
Hati bercahaya penyuluh zaman

Apa erti hamba tanpa ketaatan
Apa erti cinta tanpa pengorbanan
Nabi Ismail contoh tauladan
Sanggup mati untuk Tuhan

Setiap tahun muslimin ke Mekah
Beribadah mengingati sejarah
Berlutut di Baitul Kaabah
Dalam penuh pasrah

Tiada beza darjat
Yang kaya atau melarat
di hadapan Yang Maha Perkasa
Menangislah orang berdosa


…..:::::::::……

Hidup penuh pengorbanan
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan
Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan menentukan kejayaan
Kejayaan pula menentukan kebahagiaan…

…..:::::::::……

Saat berderai jatuh titisan airmata suci Nabi Ibrahim dalam kesabaran

Melihatkan keteguhan iman, keikhlasan hati anaknya Nabi Ismail

Disitulah bermulanya sejarah agung Erti Pengorbanan…

salam Eidul Adha,

Mohamad Asrafudin Fakhrullah dan Sekeluarga..

credit here

Share/Save/Bookmark

Anak-anak ikan di KampungIkan

Tuesday, November 24th, 2009

Assalamualaikum.

dah lama rasanya tak update blog ni kan. nak buat camner, keadaan membataskan semuanya(hehehe).

Btw, di kala musim cuti ini, sempena tak tahu nak buat pape , i just found a game yang membuatkan aku ketagih.

hahah. game fishville di facebook, seriously. sebelum ni tak

ada pun game kat facebook yang aku tergila-henjet layan. haha. but this

fishville best. rasa nak bela je. bila dah besar rasa sayang plak nak

jual. sedih. yelah. letih aku jaga, bagi makan… hehehe

 

fishville

Share/Save/Bookmark

Selamat kembali jiwa

Sunday, November 15th, 2009

Assalamualaikum semua, maaf kerana sudah lama tidak menulis entry.

terlalu banyak perkara yang berlaku..
mungkin semua kekangan ini ada hikmahnya..

busy nak final exam lah..
sedih gile..
insyaallah semua subject aku boleh jawab..
kecuali calculus.
serius sedih..
hancur harapan aku nak dapat dapat 3.4 above..
yelah. calculus aku 4 jam kredit..
harap2 lulus..
Amin..

malam ni aku akan balik ke trg,
pukul10, naik s.perdana, alor star..
sedih..

sedih bukan apa..

lupakanlah..

nanti-nanti aku cerita k..
not in mood..

Share/Save/Bookmark


Blog Widget by LinkWithin