Archive for the ‘Gerbang Dunia’ Category

Kenapa Indonesia marah kita?

Thursday, July 9th, 2009

Ada beberapa isu yang sekarang ini menyebabkan indonesia marahkan malaysia, tetapi kita perlu perhalusi dan memandangnya dari segenap sudut. saya telah meneliti perkara ini dan ini adalah kesimpulan saya rasakan sebab mereka marahkan kita.
isu yang sedang hangat di indonesia (pada malaysia perkara ini tak jd masalah/terpencil):-
a. kes manohara
b. kes ambalat
c. kes pembantu rumah kena dera
d. penggunaan budaya (lagu, pakaian, makanan dll yang hampir sama seperti mereka) sebagai alat untuk promosi pelaancongan negara
Ini adalah perkara2 yg dipandang serius oleh rakyat indonesia sekarang terhadap malaysia.

Sekarang ini ramai rakyat indonesia di laman web memangil malaysia MALINGSIA. Maling tu maksudnya pencuri. Bukalah laman web dan taip perkataan tu, pasti jumpa mcm2. Hakikat sebnarnya media di sana sengaja mengalihkan isu sebenar di sana yang lebih besar. Apa dia? Pastinya pilihanraya (pemilu) yang akan datang ini. Banyak manifesto yg tidak tertunai oleh ahli politik, oleh itu cara terbaik adalah menjadi hero dgn membangkitkan isu2 di atas.

Buktinya penghantaran pembantu rumah disekat serta merta ke malaysia sehingga tempoh yang ditetapkan?

Kenapa sehingga tempoh yang ditetapkan? kenapa tidak buat selama-lamanya? saya pasti selesai pemilu nanti, mereka akan hantar balik pembantu rumah ke malaysia. mereka masih belum mampu menampung rakyat sendiri lagi jadi itulah taktik mereka. tetapi kita pun tak heran, PAPA pun dah order puluh ribu pembantu rumah daripada mindanao. lepas ni terpulanglah kepada diorg nak teruskan ke tidak.

Kalau kes budaya pulak, memang byk persamaan dgn kita. Jadi kita ambil sebahagian, ubahsuai dan naiktaraf kemudian promosi hingga jadi produk pelancongan. Salahkah? Ingat lagi promosi pelancongan Singapura di tv-tv m’sia? Kan lagu tu lagu rakyat Malaysia yang kita dengar dari kecil, cuma Singapura tukar je lirik dia. Tetapi kita tak kisahpun. Malah kita buat Rasa Sayang jadi menarik dan jadi lagu promosi pelancongan kita plak. Masuk jugak dalam tv Singapura. Best man win. Yang Indonesia heboh sangat apasal? Sekarang Malaysia dan Singapura berlambak2 pelancong datang, kenapa perlu dengki? Jepun pun tak mencipta, sekadar ubahsuai dan komersialkan je.

Bagi rakyat M’sia byk lagi isu yg penting termasuklah membangunkan ekonomi yg baru jatuh tempoh hari. Tak perlulah nak bergaduh benda yang tak bermanfaat. Lgpun bila M’sia kaya, Indonesia pun tumpang jugak. Kita pun suka. Rakyat Msia yg asal usul Indonesia juga byk disini, dan mereka pun tak pernah lupa asal usul. Indonesia, berhentilah sikap nasionalisme yang tak tentu arah tu.

Tulisan : bihun_soto

Share/Save/Bookmark

Michael Jackson dikebumi di perkuburan Kristian

Tuesday, July 7th, 2009

Sungguh menyedihkan mendengar berita Michael Jackson akan di kebumikan di tanah perkuburan Kristian. Khabarnya walaupun dikatakan Michael Jackson telah memeluk agama Islam dan diakui oleh abang dan sahabatnya tiada hitam putih Michael Jackson telah menukar agamanya menyebabkan keluarga Michael Jackson yang sememangnya Kristian membuat keputusan menyemadikan Raja Pop Dunia itu diperkuburan Kristian.

Umat Islam di seluruh dunia pun tidak boleh buat apa-apa.

Majlis memberi penghormatan terakhir kepada Michael Jackson Selasa ini dijangka menjadi pertunjukan terbesar di dunia, seperti yang diramalkannya ketika hidup.

Kira-kira sejuta orang dijangka menghadiri majlis itu di arena Staples Center di Los Angeles dengan 750 juta lagi peminat menyaksikannya di televisyen.

Keluarga Michael semalam mengesahkan, upacara akan diserikan dengan persembahan dan dan penghargaan daripada beberapa legenda muzik.

Menurut laporan media di Amerika Syarikat, Michael akan dikebumikan dalam keranda bersalut emas 14 karat berharga RM87,000.

Michael Jackson dikebumi di perkuburan Kristian

Michael Jackson akan dikebumi di Taman Peringatan Forest Lawn, Los Angeles, namun begitu keluarga Michael jackson sedang berusaha untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk menyemadikan Michael Jackson di rumah Michael Jackson sendiri iaitu Neverland.

Share/Save/Bookmark

Lelaki dan Seks

Sunday, June 14th, 2009

Mungkin tajuk kali ini agak xrated, namun disebabkan pelawat blog ini adalah di kalangan dewasa dan remaja di mana mereka yang berumur 18 tahun ke atas, maka saya beranikan untuk menulis entry sebegini kerana saya merasakan pengetahuan am mengenai hal sebigini juga harus diambil tahu oleh kita semua agar kita akan mampu menjadi insan yang penuh dengan ilmu pengetahuan.

Tahukah anda? bahawa…

· Lelaki yang normal boleh melakukan seks sekali atau lebih dalam sehari.

waa007000021

· Dalam rekod kajian FAHOM seorang lelaki melayu mampu melakukan seks
sebanyak 9 kali dalam 24 jam.

· Sekali pancut benih lelaki boleh mengeluarkan lebih dari 100 juta sperma.

· Jika berlaku persenyawaan dari sperma yangg lemah, besar kemungkinan
akan berlaku keguguran pada ibu-ibu yang hamil.

· Apabila usia meningkat, jumlah sperma yangg matang akan berkurangan

· Walaupun ada 100 juta sperma, namun hanya satu sperma sahaja boleh
memasuk  telur untuk dipersenyawakan menjadi benih.

· Lelaki akan merasa puas apabila memancutkaan air maninya,

· Wanita pula akan berasa puas apabila dapatt berasmara dalam tempoh yang lama.

· Zakar adalah satu-satunya alat kelamin lelaki yang menyeronokan apabila melakukan hubungan seksual

 

· Seluruh tubuh wanita boleh menaikkan berahi setiap lelaki iaitu dari tapak kaki hingga ke hujung rambut

 

· Merokok, dadah, alkohol, pil khayal dan meemakan ubat-ubatan yang   berpanjangan boleh melemahkan syahwat dan mengurangkan air mani yang pekat.

f_lovehugm_8ad44fe

Share/Save/Bookmark

Penghijrahan Malek Noor

Tuesday, June 9th, 2009


SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu. Perbualan yang rancak bersama wartawan petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

”Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya. ”Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

”Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal. “Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar. Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama. “Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC. “Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya.

Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari. “Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek lagi.

sumber : Utusan Malaysia


//ps: so sayu and sedih. aku pun tak sangka. tapi alhamdulilah, syukur malik noor sudah dapat Hidayah dari Allah Swt..

Share/Save/Bookmark

HOME a film by Yann

Friday, June 5th, 2009

Hello all earth-lover, this is the story about our earth; now you need it. This homeproject movie is quite awesome for me because the movement of the story and the graphic so “5 STAR ***** ”. Seriously.  The movie is more than 1hour and it’s takes time to loading(based on ur connection). Well, i suggest you to download this movie using ; idm,youtube grabber and etc.

We are living in exceptional times. Scientists tell us that we have 10 years to change the way we live, avert the depletion of natural resources and the catastrophic evolution of the Earth’s climate.
The stakes are high for us and our children. Everyone should take part in the effort, and HOME has been conceived to take a message of mobilization out to every human being.
For this purpose, HOME needs to be free. A patron, the PPR Group, made this possible. EuropaCorp, the distributor, also pledged not to make any profit because Home is a non-profit film.
HOME has been made for you : share it! And act for the planet.

Yann Arthus-Bertrand
PPR is proud to support HOME
http://www.ppr.com
HOME is a carbon offset movie
http://www.actioncarbone.org
More information about the Planet
http://www.goodplanet.info

Website: http://www.home-2009.com

Share/Save/Bookmark

Corak Murid Kuasai Bidang IT (Information technology)

Thursday, June 4th, 2009


Ahmad Said meninjau para pelajar menggunakan e-Book yang menggantikan buku sekolah pada Majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 27 Mei - Langkah Terengganu memperkenalkan penggunaan buku elektronik atau e-Book di kalangan murid sekolah rendah adalah bagi mencorakkan bidang pendidikan di negeri itu mengikut arus perubahan dunia.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, penggunaan e-Book akan mengubah landskap pendidikan di Terengganu dengan memberi lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat (IT) di peringkat awal persekolahan lagi.

Ini kerana jelasnya, definisi negara maju seperti yang digariskan oleh Kesatuan Eropah (EU) kini telah berubah iaitu bukan berdasarkan keluasan dan hasil bumi, sebaliknya mempunyai masyarakat yang inovatif, kreatif serta bermaklumat melalui penguasaan dalam IT.

”Hal ini jelas kelihatan pada dunia hari ini yang mana tiada aspek kehidupan yang tidak terlibat dengan teknologi ini.

”Memandangkan perkembangan yang sudah pasti menjadi pemangkin kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang, Terengganu memutuskan untuk memberi tumpuan kepada bidang pendidikan dengan mencorakkannya mengikut arus perubahan dunia melalui penggunaan e-Book,” ujarnya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini semalam.

Menurut Ahmad, kerajaan negeri yakin prasarana yang kondusif adalah penting bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut membangun minda serta sahsiahnya.

Sebagai langkah pertama jelasnya, sebanyak 25,000 e-Book yang dilengkapi perisian buku-buku teks serta al-Quran, doa dan amalan solat akan diagihkan secara percuma kepada murid tahun lima bermula semalam.

Katanya, ia akan diikuti agihan kepada murid tahun empat, tiga, dua dan satu selepas ini.

”Kerajaan Terengganu akan membelanjakan kira-kira RM30 juta setahun untuk menyediakan e-Book kepada semua murid sekolah rendah.

”Walaupun kosnya tinggi, kita melihat program ini sebagai satu pelaburan jangka panjang yang hasilnya nanti akan melahirkan anak-anak Terengganu yang celik komputer seawal bangku sekolah,” ujarnya.

Selepas e-Book jelasnya, kerajaan Terengganu akan membangunkan komputer riba sendiri untuk diagihkan kepada pelajar sekolah menengah pula di kilang yang didirikan di Gong Badak dengan kerjasama Intel.

Oleh NOR AZIAH JAAFAR
utusanterengganu@utusan.com.my

Sumber dari Utusan Malysia Online


Memandangkan perkembangan yang sudah pasti menjadi pemangkin kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang, Terengganu memutuskan untuk memberi tumpuan kepada bidang pendidikan dengan mencorakkannya mengikut arus perubahan dunia melalui penggunaan e-Book

//waah , majulah anak terengganu nanti, habislah aku! ada banyak saingan lah nanti, 10tahun lagi anak terengganu bakal advance macam aku. hahha. takper aku izinkan sebab aku pun anak jati terengganu ok!

Share/Save/Bookmark

Maklumat Pembinaan Komplek sukan Terengganu-Stadium Gong Badak

Wednesday, June 3rd, 2009
Maklumat Pembinaan Komplek sukan Terengganu-
Stadium Gong Badak
Stadium Terengganu

Terengganu Sports Complex

PROJECT DATA
Project Name
Terengganu Sports Complex

Location
Kuala Terengganu,
Terengganu state, Malaysia

Status
Under Construction

Expected Completion
Main stadium: September 2007;
indoor stadium: January 2008

Site Area
74 hectares
Gross Floor Area

Main stadium: 100,000 m²;
Indoor Stadium: 3,119 m²

Building Height
Main stadium: 67 m (east stand), 36.3 m (west stand);
Indoor stadium: 42 m

Storeys
Main stadium: 9 (east stand);
Indoor stadium: 4-4.5

Seating Capacity
Main stadium: 60,000;
Indoor stadium: 5,000

Client/Owner
Terengganu State Government
Architecture Firm
Senibahri Arkitek
Principal Architect
Ar. Raja Kamarul Bahrin Shah
Project Architect
Badrul Hisham
Main Contractor
Main stadium: Bina Structur-Genggam Mercu-Emarcon JV; Indoor stadium: Ahmad Zaki Sdn Bhd
Mechanical & Electrical Engineers
Main stadium: Public Works Department, Terengganu (Mechanical & Electrical Division); Indoor stadium: Samudra Consult
Civil & Structural Engineers
Main stadium: AZM Engineers- MA Consult-Protech Consultant consortium Indoor stadium: MECIP (M) Sdn Bhd
Images/Photos
Senibahri Arkitek

//pasti segera “bebudak” PAS, PKR, DAP serang pihak di atas.
aku pasti punya. . “aberak lah sek mu sume! gomo gomo. haha

Share/Save/Bookmark


Blog Widget by LinkWithin