Archive for the ‘Islamic’ Category

hati yang sudah hitam tidak akan memahaminya

Wednesday, January 6th, 2010

Siapakah orang yang sibuk?
=Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
=Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil
berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
=Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
=Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
=Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan…

Siapakah orang yang paling cantik?
=Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
=Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
=Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya…

Siapakah orang yang mempunyai akal?
=Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
=Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Share/Save/Bookmark

Adakah Islam Akan Hilang di Dunia?

Monday, July 27th, 2009

Muhammad itu siapa? Quran itu apa? ALLAH? Tuhan itu apa? Untuk siapa?

ISLAM? Apa sebenarnya Islam? Aku tidak pernah tahu. Sepanjang aku sudah tahu membaca, tidak pernah aku terbaca perkataan itu. Apa itu Islam? Ketika jiwa aku terasa kosong, aku teringat kata arwah datuk, “Kita ni orang Islam, Daniel. Kalau kamu terasa kosong, bacalah Quran, banyakkan sembahyang dan zikir malam. Islam itu agama dari langit. Nabinya Muhammad, Quran kitabnya dan ALLAH itu tuhan yang berhak disembah. Sembahyang itu maknanya; sembah Yang Maha Esa,”. Itu kata datuk.

Muhammad itu siapa? Quran itu apa? ALLAH? Tuhan itu apa? Untuk siapa? “Jangan dicari Islam,”. Bill menegahku ketika aku bercerita tentang Islam. Islam itu tidak lain hanyalah hijab yang membataskan minda. “Tetapi, dari apa yang aku baca, Melayu adalah Islam. Jadi aku adalah Islam,”. Bill mendengus. Segalanya kedengaran Islam dan Melayu hanya akan membuntukan minda kita. Sebab itulah orang Melayu pada abad ke-21 tidak maju. Pemikiran mereka disempitkan dengan fahaman dan idealisme Islam dan Melayu, Bill menambah.

“Islam dan Melayu tidak akan maju?”.

(more…)

Share/Save/Bookmark

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

Wednesday, July 22nd, 2009

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

(more…)

Share/Save/Bookmark

Petua Berjaya Yang Luar Biasa

Sunday, July 19th, 2009

Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.
Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.
Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.
Pertandingan memanjat pokok pinang.
30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan…

(more…)

Share/Save/Bookmark

Ungkapan Assalamualaikum

Wednesday, July 15th, 2009

DSC00068

Assalamualaikum..

 

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM…..

 

 

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah  Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr…

Bukannya : "Kirim salam kat  ZIZAH  ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A’kum"

Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A’kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan..
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A’kum dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang-orang
Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang
bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A’kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni…….

 

//ps: diambil dari email yang difoward kepada saya. TK. Allahualam.

Share/Save/Bookmark

Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam

Wednesday, July 8th, 2009

Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negera kita telah menjangkau 58 orang yang disahkan dan Mesir 40 orang. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

(more…)

Share/Save/Bookmark

Doa untuk jauhi wabak H1N1

Tuesday, July 7th, 2009

Share/Save/Bookmark


Blog Widget by LinkWithin